BACAAN, CARIAN DAN LABEL

Fokus utama Kak Lynn mulakan aktiviti blog sebab dah lama rasanya tak menulis lebih dari 100 patah perkataan. Sejak adanya gadget telefon bimbit, yang semuanya boleh dicapai, dibaca, aktiviti membaca itu terhad. Apa lagi aktiviti mencatat nota.

Masa belajar, suka buat nota warna warni. "Mind mapping" kaedahnya. Kaedah ekstrak nota penting sahaja dan di grafik dengan pen berwarna-warni. Tapi bila dah ada komputer, laptop, tablet, smartphone ...aktiviti menulis pun jadi terlampau terhad. Otak pun rasa sukar nak buat ayat ayat cinta...ehh ayat ayat ilmiah.

Jadi, bila ada blog. Mudah untuk Kak Lynn simpan ilmu di sini. Nak cari pun mudah sebab dah ada 'Labels'. Betul tak? 

Ohhh, dan satu lagi...sejak Kak Lynn dalam BE International nie, banyak sangat testimoni yang di kongsi oleh pengguna produk BE, dari Aulora, Shiruto, BEFIL, BEYUL, Spirulina, Zencoso, Slendglow, Slendezmeal. Baik dari Tik Tok, FB mahupun di Instagram. Lepas nie bila letak Labels, mudahlah carian kita kan? 

Moga memberi manfaat kepada kalian juga ya.

Comments

Popular Posts